Input your search keywords and press Enter.

YDPA Gesa Siasat GISBH

M Update, 18/09/2024 – Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung jenayah dan penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Baginda memandang serius isu ini selepas pelbagai berita berkenaan rumah amal tersebut dilaporkan di media.

Baginda mengingatkan agar semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan melampau berkaitan isu agama kerana ia sensitif dan mesti ditangani dengan berhati-hati.

SOAL AKIDAH UMAT ISLAM PERLU DIPELIHARA DAN TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN!