Input your search keywords and press Enter.

Pensijilan Halal – Teknolgi Blockchain

M Update, 19/09/2024 – Negara kita, Malaysia perlu memanfaatkan teknologi canggih seperti ‘blockchain’ dalam meningkatkan pensijilan halal di negara ini sama seperti digunakan oleh negara luar. Blockchain adalah teknologi yang menyimpan maklumat dalam rangkaian digital.

Teknologi canggih sebegitu mampu meningkatkan ketelusan serta memerangi penipuan dalam pensijilan halal negara.

Malaysia boleh meningkatkan proses halal, mengurangkan halangan perdagangan selain ia juga selaras dengan piawaian global apabila menggunakan teknologi block chain ini.