M Update, 8/11/2024 – Seramai 6 orang anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang baharu tiba bagi menyambung misi pengaman di Lubnan terkena serpihan letupan di sekitar kawasan lapangan terbang negara itu kira-kira pukul 2 petang semalam (waktu tempatan).
Insiden tersebut berlaku ketika anggota kumpulan pertama MALBATT 850-12 dalam perjalanan ke kem tugasan sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan beberapa anggota mengalami kecederaan.
Penghantaran pertama pasukan MALBATT 850-12, melibatkan 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dilakukan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penugasan dan penghantaran pasukan MALBATT 850-12 diatur gerak secara berperingkat ke Lubnan, sehingga 18 November ini.