M Update, 07/01/2025 – Penggunaan kamera badan bagi anggota JPJ di lapangan akan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan khususnya melibatkan kenderaan berat.
Penggunaan kamera badan ini akan diperkenalkan bagi meningkatkan ketelusan penguatkuasaan dan bukan sahaja untuk memastikan imej dan integriti JPJ dijaga, tetapi juga dapat melindungi anggota JPJ.
Jadi, dengan adanya kamera badan ini, anggota JPJ dilindungi kerana apa sahaja bukti semasa mereka menguasakan undang-undang dapat dirakam.
Diharap penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan berkenaan selain mengelakkan salah tafsir yang sering berlaku dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas seperti dicemuh, dihina, dituduh macam-macam.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, beliau telah meminta pengurusan Kementerian Pengangkutan berunding dan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk melaksanakan perolehan kamera badan itu.
Ini supaya dapat peruntukan segera untuk kementerian peroleh kamera badan ini dan anggota-anggota JPJ akan dilengkapi dengan kamera berkenaan pada tahun ini juga.