Input your search keywords and press Enter.

6 Pegawai Pemeriksa Kenderaan Puspakom Digantung Tugas

M Update, 08/01/2025 – Enam pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat, digantung tugas serta-merta.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, mengesahkan pihaknya menahan lapan individu termasuk enam pegawai pemeriksa kenderaan daripada Puspakom yang disyaki terbabit sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan yang dibongkar baru-baru ini.

Bagaimanapun, enam pegawai pemeriksaan kenderaan Puspakom itu sudah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka diambil manakala dua lagi, iaitu runner yang dilantik kumpulan enam pegawai berkenaan direman lima hari bermula semalam hingga Sabtu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman, Puspakom juga sedang melancarkan siasatan dalaman sekali gus memberi jaminan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan jenayah berkenaan akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

“Puspakom tidak akan melindungi sesiapa pun yang terbabit dengan jenayah rasuah,”. Hal ini termasuklah mereka yang bersekongkol dengan sindiket dan menjalankan aktiviti meluluskan pemeriksaan kenderaan secara tidak sah,” katanya.

Pihaknya memandang serius kes berkenaan dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang salah laku khususnya membabitkan integriti operasi pemeriksaan kenderaan.