Input your search keywords and press Enter.

Kiosk Sentuhan Madani: Akses Rakyat Kepada Perkidmatan Kerajaan

Foto: FB Jabatan Pengangkutan Jalan

M Update, 10/01/2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam melancarkan Kiosk Sentuhan Madani pertama di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya yang merupakan inisiatif terbaharu bagi memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.

Kiosk itu yang menghimpunkan lebih 90 perkhidmatan kerajaan, disediakan melalui enam kiosk agensi kerajaan dan pihak swasta.

Foto: X Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kiosk tersebut melibatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan MyDigital ID.

Kiosk Sentuhan Madani ialah satu inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang diilhamkan Perdana Menteri untuk menambah baik perkhidmatan awam dan menyantuni keperluan masa kini rakyat menerusi kiosk digital agensi di kawasan tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah dengan jangka masa operasi yang lebih panjang.

Kerajaan berharap lebih banyak syarikat korporat tampil membantu menjayakan inisiatif tersebut dengan menyediakan tapak pemasangan di premis masing-masing.

Kiosk Sentuhan Madani yang kedua akan dipasang di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur dan dijangka mula beroperasi pada penghujung Februari ini.