
M Update, 12/03/2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan, sama ada peruntukan itu disalurkan melalui Ahli Parlimen kawasan tersebut atau tidak.
Beliau berkata, ia termasuk program pembasmian kemiskinan tegar yang dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengira kawasan.
“Sama ada ia (peruntukan disalur) melalui Ahli Parlimen atau tidak, projek (untuk) rakyat diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ihya’ Ramadan bersama warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini pada Selasa.
Perdana Menteri seterusnya menasihati Ahli Parlimen pembangkang supaya tidak mempolemikkan isu peruntukan tersebut sehingga membuat dakwaan kononnya mereka dihimpit beban kewangan kerana tidak menerimanya.
Anwar menjelaskan perkara itu tidak wajar kerana setiap Ahli Parlimen, termasuk pembangkang, menerima pendapatan hingga RM40,000. Ia termasuk elaun tetap sekitar RM25,700 serta lain-lain seperti elaun sidang, elaun Mesyuarat Jawatankuasa Parlimen serta elaun perjalanan.
Ramai Ahli Parlimen pembangkang menceritakan betapa susahnya hidup mereka kerana tidak dapat peruntukan… Janganlah bagi gambaran seolah-olah (hidup) terlalu sukar,” katanya.
situs gacor hari ini