
M Update, 20/03/2025 – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac di 29 lokasi di seluruh negara.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan memaklumkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas diperkenankan Raja-Raja, tarikh awal Syawal akan diumumkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang hari Ahad, 30 Mac 2025 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah. menurut kenyataan itu.
Majlis Raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. – BH
toto slot toto slot