Input your search keywords and press Enter.

Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Diskaun Tol 50 Peratus Dalam Masa Terdekat

Foto Hiasan

M Update, 21/03/2025 – Kerajaan akan meneruskan langkah pemberian diskaun bagi bayaran tol sempena Aidilfitri seperti mana dilaksanakan ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

Namun pemberian potongan tol sebanyak 50 peratus daripada kadar tol biasa itu, akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Ketika sambutan Tahun Baharu Cina Januari lalu, kerajaan bersetuju memberi potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa.

Keputusan ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet ketika itu membabitkan implikasi kewangan ditanggung kerajaan RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.

Januari lalu, KKR memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini.

link slot link slot toto slot slot resmi