Input your search keywords and press Enter.

Isu Kuil: Kerajaan Nafi Bayar Pampasan

M Update, 27/03/2025 – Kerajaan tidak menjanjikan atau meluluskan sebarang bentuk pampasan kepada Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman bagi menyelesaikan kemelut yang mencetuskan kontroversi tersebut seperti didakwa pihak tertentu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa turut menegaskan, tiada sebarang perjanjian atau ‘deal’ lain juga dibuat selain daripada penyelesaian yang beliau umumkan secara rasmi pada Selasa.

“Saya ingin menegaskan bahawa keputusan yang diambil adalah hasil perbincangan secara harmoni antara semua pihak yang terlibat dan bersifat menang-menang.

“Yang paling utama, pembinaan masjid yang telah tertangguh sejak tahun 2020 di atas tanah milik swasta tersebut dapat diteruskan seperti yang dirancang, manakala pihak kuil pula bersetuju untuk berpindah ke lokasi alternatif yang telah dikenal pasti,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Media pada Selasa melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kehadirannya ke majlis meletakkan batu asas bagi pembinaan Masjid Madani di tanah wakaf yang dimiliki syarikat tekstil, Jakel Group.

Pihak pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman akhirnya bersetuju untuk berpindah ke tapak baharu tidak jauh dari kawasan itu, sekali gus meredakan kontroversi pemindahan rumah ibadah berkenaan.

Semua pihak digesa menghentikan polemik yang tidak berfaedah ini. Janganlah kita mengapi-apikan sentimen agama atau perkauman berdasarkan maklumat yang tidak sahih, kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan yang telah kita bina bersama,” katanya. – Sinar Harian

bento4d bento4d