Input your search keywords and press Enter.

Waspada Monsun Barat Daya: Elakkan Pembakaran Terbuka, Jimatkan Air

M Update, 13/05/2025 – Rakyat diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta menggunakan air secara berhemah susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula Sabtu lepas hingga September.

Dalam tempoh itu kebanyakan kawasan akan mengalami taburan hujan yang rendah. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko berlakunya jerebu, khususnya jika pembakaran terbuka tidak dikawal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata langkah pencegahan awal ini penting bukan sahaja untuk menjaga kesihatan awam tetapi juga untuk melindungi alam sekitar dan menjamin kelangsungan sumber air negara.

Ahmad Zahid berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga telah mengeluarkan kenyataan berkenaan permulaan Monsun Barat Daya pada 7 Mei lepas.

Orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca terkini dan sahih di laman MetMalaysia www.met.gov.my.