Input your search keywords and press Enter.

‘TORUK MAKTO’ TUDM DI LIMA’25

Foto: Ihsan FB TUDM

M Update, 14/05/2025 – Pesawat pejuang Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tampil dengan wajah baharu sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ‘25) dengan membawa gelaran istimewa iaitu ‘Toruk Makto’.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan rekaan corak baharu pada badan pesawat itu diilhamkan daripada makhluk legenda dalam filem Avatar, dikenali sebagai Toruk atau ‘The Last Shadow’.

Foto: Ihsan FB TUDM

Menurut kenyataan itu, dalam filem fiksyen tersebut gelaran Toruk Makto diberikan kepada mereka yang berjaya menjinakkan dan menunggang Toruk, dengan hanya yang berjiwa tulen dan suci mampu menunggang makhluk berkenaan.

Dalam dunia nyata pula, juruterbang pesawat tempur Su-30MKM mencerminkan semangat yang sama kerana pesawat yang dilengkapi dengan teknologi generasi 4.5, keupayaan supermanuver dan senjata canggih itu bukan sekadar mesin perang, tetapi ‘makhluk besi’ yang memerlukan pengendali berjiwa besar.

Foto: Ihsan FB TUDM

Sumber: Kementerian Pertahanan