Input your search keywords and press Enter.

Agong Bakal Lakukan Lawatan Pertama Ke Rusia

M Update, 28/05/2025 – Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim bakal mengadakan lawatan rasmi pertama ke Rusia pada Ogos ini, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Nur Jazlan Mohamed pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Insya-Allah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia akan melawat Rusia pada Ogos,” kata kata Mohamed dalam pertemuan bersama Senator Kanan Rusia bagi Hal Ehwal Luar, Grigory Karasin.

Beliau turut memaklumkan, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Fadillah Yusof, yang bertanggungjawab dalam bidang tenaga dan sumber air, juga bakal melawat Rusia pada akhir Jun. – Bernama