
M Update, 12/06/2025 – Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak baru-baru ini telah dilupuskan sepenuhnya.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang turut memaklumkan bahawa tidak timbul sebarang isu berkaitan bayaran balik pinjaman PTPTN melibatkan kesemua mangsa kemalangan tersebut.
PTPTN telah melupuskan sepenuhnya pinjaman 15 pelajar UPSI yang terlibat, jadi tiada isu bayaran balik pinjaman bagi mangsa.
Jabatan Peguam Negara juga diarahkan menyelidik aspek insurans bagi memastikan keluarga mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir memaklumkan bahawa kesemua pelajar terbabit akan menerima manfaat di bawah Skim Perlindungan Takaful Berkelompok PTPTN, termasuk penyelesaian keseluruhan hutang pinjaman pendidikan mereka.
Sebagai tambahan, waris kepada setiap pelajar turut akan menerima khairat kematian sebanyak RM1,500 bagi setiap individu.
Inilah antara usaha memastikan kebajikan pelajar dan keluarga mereka sentiasa dijaga.