
M Update, 17/06/Satu lagi kes serangan menggunakan senjata api berlaku di ibu negara, kali ini di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Ada (insiden berlaku), kenyataan media akan menyusul,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Setakat ini tidak dapat dipastikan keadaan atau jumlah mangsa yang terbabit dalam insiden pada awal pagi itu.
Sekumpulan lelaki dilihat melepaskan beberapa das tembakan berdasarkan rakaman kamera papan pemuka yang tular di media sosial.
Berdasarkan video dan gambar yang tular, kelihatan sekurang-kurangnya dua individu dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.
Polis Kontinjen Kuala Lumpur dilaporkan sedang mengumpul maklumat daripada saksi kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian ini dalam masa terdekat. – Buletin TV3, BH
kampungbet toto slot