Input your search keywords and press Enter.

KPDN Serbu Jalan Silang, 24 PATI Dicekup

M Update, 19/06/2025 – Sebanyak 12 premis runcit dan restoran di sekitar Jalan Silang di sini, diserbu menerusi Op Gempur oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, malam tadi.

Operasi bersepadu bermula 9 malam itu turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kerjasama di bawah inisiatif KL Strike Force.

Pemeriksaan dilakukan susulan risikan dan aduan awam mengenai pelbagai salah laku termasuk tiada tanda harga serta penjualan barang kawalan tanpa lesen sah.

Menurut Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Mohd Sabri Seman berkata, siasatan awal mendapati premis menjual jam tangan tiruan itu dipercayai sudah beroperasi sejak setahun lalu dan disewa oleh warga asing, manakala pelanggan utamanya juga adalah warga asing.

Dalam operasi sama, katanya, JIM Kuala Lumpur menahan 24 lelaki warga asing kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Mereka ditahan terdiri daripada 10 warga Bangladesh, lapan Nepal, masing-masing dua (warga) Pakistan dan (warga) Myanmar serta masing-masing satu (warga) Indonesia dan (warga) Sri Lanka,” katanya.

KPDN komited menjalankan pemantauan berterusan di Kuala Lumpur dan menyeru orang ramai lapor sebarang penipuan harga, barang kawalan atau barangan tiruan.

toto slot kampungbet