Input your search keywords and press Enter.

Ultras Malaya ‘Gegar’ Depan Kedutaan AS

Foto: Sinar Harian

M Update, 03/10/2025 – Kemarahan rakyat Malaysia terhadap tindakan Israel terhadap sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) terus disuarakan melalui perhimpunan di kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara.

Malam tadi, kumpulan Ultras Malaya, yang sinonim dengan pasukan bola sepak pula tampil berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini membawa sepanduk dan kain rentang.

Foto: Sinar Harian

Kumpulan seramai hampir 500 individu ini bergerak dari Stesen LRT Ampang Park menuju ke Kedutaan AS bermula jam 9 malam tadi.

Mereka turut didapati melaungkan kata-kata dan nyanyian lagu serta membakar suar.

Kumpulan ini kemudian berhenti dan berhimpun di hadapan pintu masuk utama ke Kedutaan AS. Susulan perarakan dan himpunan itu, keadaan lalu-lintas di kedua-dua arah di laluan ke arah Sungai Besi dan Jalan Pahang sesak.

Foto: Sinar Harian

Pihak polis turut mengadakan kawalan ketat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

link slot link slot