
M Update, 21/10/2025 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan beberapa langkah tambahan dalam masa terdekat berhubung usaha menambah baik aspek keselamatan di sekolah serta disiplin murid dan pelajar sebagaimana keputusan Jemaah Menteri.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bahawa beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini mendorong kementeriannya untuk bekerja dengan lebih giat dalam memperbaiki kelemahan yang wujud bagi memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga pendidikan terjamin.
Beliau memaklumkan telah mengadakan pertemuan serta taklimat bersama pasukan sokongan psikososial yang kini melaksanakan intervensi krisis bagi membantu warga sekolah yang terjejas susulan beberapa insiden, sebagai usaha memperkukuh sokongan kesihatan mental.
Sebelum ini, beberapa insiden jenayah dilaporkan berlaku di sekolah antaranya seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada 14 Oktober lepas dan suspek dalam kes itu, iaitu pelajar lelaki berumur 14 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Selain itu, pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka dirogol pelajar senior pada 2 Oktober dan seorang murid lelaki ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan akibat terpijak penutup lubang jenis fiber di kawasan sekolah pada 27 September lalu.
Fadhlina turut menyatakan bahawa beberapa langkah tambahan akan diumumkan dalam masa terdekat.
link slot 
				 
			 
						 
						 
						 
						 
						 
  					 
  					 
  					 
  					 
  					 
  					 
  					