
M Update, 28/1/2026 – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan beroperasi sepanjang 24 jam ketika musim perayaan, bermula sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada bulan hadapan, bagi memudahkan pergerakan orang ramai pulang ke kampung halaman.
Langkah ini juga bertujuan membantu mengurangkan kesesakan di jalan raya sepanjang musim perayaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, operasi ETS selama 24 jam itu hanya akan dilaksanakan khusus pada musim perayaan.
Menurutnya, penggunaan perkhidmatan ETS membolehkan penumpang mengelakkan kesesakan di lebuh raya utama serta menjimatkan masa perjalanan ketika tempoh perayaan.
Operasi ETS selama 24 jam akan dilaksanakan khusus pada musim perayaan, bermula dengan sambutan Tahun Baharu Cina, bagi mengoptimumkan penggunaan aset sedia ada serta menambah kapasiti perkhidmatan ketika permintaan berada pada tahap tinggi.