Input your search keywords and press Enter.

Polis Tahan Empat Individu Susulan Insiden Roboh Kuil di Rawang

Foto: Orang Awam

M Update, 12/02/2026 – Empat lelaki tempatan berusia 26 hingga 39 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian merobohkan sebuah kuil di Rawang tanpa perbincangan dan tanpa memaklumkan pihak berkuasa tempatan pada Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada hari sama dan sebuah jengkaut turut dirampas.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi serta mengelakkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum atau mengganggu ketenteraman awam.

Foto: Orang Awam

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427/295/504/447 Kanun Keseksaan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang bagi memberi keadilan kepada semua pihak terbabit.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan serta diminta untuk kekal rasional dalam setiap tindakan.