Input your search keywords and press Enter.

Jangan Terpedaya! Tiada Bantuan Ramadan & Kredit E-Tunai

M Update, 23/02/2026 – Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan bagi Bantuan Ramadan atau Tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang sedang tersebar di media sosial.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar tidak menekan pautan yang mencurigakan serta tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak atau sumber yang tidak sah.

Sebarang maklumat sahih hendaklah dirujuk menerusi saluran rasmi MoF termasuk laman web www.mof.gov.my dan akaun media sosial rasmi kementerian tersebut.