Input your search keywords and press Enter.

Rapid Rail Lanjut Waktu Puncak Sepanjang Ramadan

Foto: Bernama

M Update, 23/02/2026 – Rapid Rail Sdn. Bhd. (RRSB) akan melanjutkan tempoh waktu puncak perkhidmatan rel sepanjang Ramadan bagi menyesuaikan diri dengan perubahan pola perjalanan penumpang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa waktu puncak sebelah pagi akan bermula dari 6.30 hingga 9.30 pagi, berbanding 7.00 hingga 9.30 pagi pada hari biasa.

Sementara itu, waktu puncak petang turut dilanjutkan dari 4.00 hingga 8.00 malam, berbanding 5.00 hingga 7.30 malam sebelum ini.

Langkah tersebut dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan rel, meningkatkan tahap keselesaan penumpang serta menjamin kecekapan operasi.

Menurut beliau, pelaksanaan itu juga bertujuan mengurus pergerakan penumpang dengan lebih teratur, khususnya bagi mereka yang pulang lebih awal untuk membuat persiapan berbuka puasa.

Beliau berkata demikian ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada Isnin.