Input your search keywords and press Enter.

Tarif Elektrik Baru Diumum Sebelum 1 Februari

M Update, 28/01/2022 – Kerajaan dijangka mengumumkan kadar tarif elektrik baharu bagi tahun 2022 sehingga 2024 sebelum 1 Februari nanti.

Kerajaan sudah mengkaji dengan mengambil kira keadaan negara ini yang baru pulih daripada COVID-19 dan krisis ekonomi.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tarif baharu itu sudah dimuktamadkan pada Rabu selepas enam kali dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

Saya memberi jaminan bahawa kadar tarif elektrik baharu ini tidak akan memberi bebanan kepada rakyat terutama pengguna domestik.

Kadar tarif baharu ini akan diumumkan tidak lama lagi dan kita akan melaksanakan IBR (Kawal Selia Berasaskan Insentif) pada 1 Februari nanti. – SH Online