M Update, 26/6/2024 – Tular minggu ni berkenaan rekaan dan warna baju rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 yang menyifatkan baju tersebut tidak menarik.
Tema utama pakaian rasmi dihasilkan termasuk penggunaan warna emas berbanding jingga sebelum ini, bertujuan untuk membawa aura pingat yang menjadi idaman kontinjen negara pada temasya sukan berprestij dunia tersebut – Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin
“MOM sudah sepakat dengan Yonex untuk tukar kepada warna emas kerana kita menyasarkan untuk menang pingat emas. Itu sebenarnya tema dan Yonex juga berpendapat warna emas padan dengan warna hitam”
Selain itu, bendera Malaysia di sebelah kiri pakaian rasmi itu pula sebenarnya merupakan logo rasmi MOM.
Hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum Olimpik Paris 2004 dibuka secara rasmi pada 26 Julai 2024, jadi ebih baik sekiranya semua pihak termasuk orang ramai terus memberi sokongan padu kepada kontinjen negara, pada Sukan Olimpik kali ini.