M Update, 11/07/2024 – Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam sejak tahun 2020.
Menurut sumber, suspek dipercayai telah mengutip derma kira-kira RM3 juta.
“Suspek yang merupakan pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul. Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal,” katanya.
Terdahulu, pasangan tersebut antara empat individu direman selama empat hari termasuk dua lagi suspek kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.
Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga Ahad ini terhadap keempat-empat suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan reman yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. – BuletinTV3