Input your search keywords and press Enter.

Tiada Rakyat Malaysia Dalam Pesawat Air India Terhempas

M Update, 13/06/2025 – Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam pesawat Air India AI171 yang terhempas di Ahmedabad semalam. Kementerian Luar juga sedang memantau insiden dan akan kemas kini maklumat jika perlu.

Laporan Bernama dari New Delhi sebelum ini menyatakan sebuah pesawat Air India dalam penerbangan ke London yang membawa 242 orang, termasuk 12 anak kapal, terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad di negeri Gujarat, barat India, semalam.

Penerbangan AI171 itu berlepas pada jam 1.38 tengah hari waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan berkenaan. Pesawat Boeing 787-8 yang terhempas itu membawa 169 warga India, 53 warga British, seorang warga Kanada dan tujuh rakyat Portugal.

Bagi sebarang bantuan konsul, Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai boleh dihubungi di alamat Unit 12A1, Unit 12A2 dan Unit 12A3, Tingkat 13, Bangunan Supreme Headquarters, Jalan 14 dan 33 berhampiran Link Square Mall, Bandra West, 400 050 Maharashtra, India, atau menerusi talian +91 22 6996 5757 (Pertanyaan Am) atau e-mel ke: mwmumbai@kln.gov.my.

monperatoto monperatoto monperatoto monperatoto kampungbet