Input your search keywords and press Enter.

8,322 Kenderaan Jenama KIA, Yamaha Dan Mercedes Dipanggil Balik

M Update, 09/07/2025 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia semalam memaklumkan sebanyak 8,322 kenderaan daripada tiga jenama pengeluar terlibat dalam aktiviti pemanggilan semula.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, dalam kenyataan semalam berkata, ia sebagai langkah keselamatan penting bagi mengelak risiko kemalangan yang mungkin berlaku akibat kecacatan pada struktur, peralatan atau sistem kenderaan terbabit.

Kenderaan yang terlibat meliputi model Kia RIO UB, Yamaha Tenere 700, Tracer 9 GT dan MT09 serta beberapa model Mercedes-Benz termasuk S-Class, GLC, AMG SL, EQS dan EQE.

JPJ menjelaskan pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak pengeluar masing-masing bagi tujuan penyelarasan slot pemeriksaan.

Oleh itu, semua pemilik model yang disenaraikan, diminta untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses panggilan semula dan pemeriksaan dijalankan secepat mungkin.

Untuk makluman, sebarang komponen yang terlibat dengan isu itu akan digantikan tanpa sebarang kos kepada pemilik, kerana semua akan ditanggung oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing.

Pemilik kenderaan yang memerlukan maklumat lanjut mengenai proses itu boleh menghubungi atau mengunjungi mana-mana pusat jualan atau pusat perkhidmatan jenama masing-masing yang berdekatan.

d