M Update, 8/2/2019 – Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengaplikasikan kaedah pengundian secara elektronik (e-undi) dalam pilihan raya sebagai satu langkah ke hadapan namun pihak SPR perlu meneliti semasak-masaknya dengan mengambil kira terlebih dulu persediaan dan kefahaman pengundi sebelum ia dilaksanakan.
SPR perlu ingat pelaksanaan e-undi bukan tugas mudah, sebaliknya memerlukan persiapan dan persediaan cukup rapi, menjangkau semua aspek.
Memang e-undi memudahkan kelancaran pengundian terutama buat belia yang amat mesra dengan teknologi, sekaligus diyakini mampu meningkatkan minat mereka untuk turun mengundi.
E-Undi memerlukan aspek keselamatan dan pengurusan risiko yang tinggi dikawal selia oleh pihak keselamatan yang fokus kepada pengurusan penjagaan data dan kerahsiaan ketika pilihan raya berlangsung sehingga pengumuman keputusan haruslah bersifat anti penggodaman.
Selain itu, bagi memastikan kelancaran e-undi, SPR mesti menyediakan kemudahan yang mesra rakyat dengan ciri keselamatan tinggi bagi meyakinkan pengundi bahawa undi mereka terus menjadi rahsia dan dikira dengan tepat.
Program pendidikan kepada pengundi juga perlu sentiasa berjalan demi memberi kefahaman dan keyakinan. Keselamatan data antara isu penting yang perlu diberi perhatian khusus.
Sumber : Berita Harian