M Update, 7/3/2019 – Jijik dan tidak masuk akal namun seorang pereka dalaman di Sheffield, Yorkshire, dekat sini mendakwa lebih bertenaga dan sihat sejak meminum air kencingnya sendiri setiap hari, sejak tiga tahun lalu
Fabian Farquharson, 37, turut mendakwa kehidupannya berasa lebih gembira malah bertambah bijak selepas mengamalkan meneguk antara 300 hingga 400 mililiter air kencing segar setiap hari.
Metro UK melaporkan, Fabian berkata, dia menemui artikel mengenai khasiat air kencing di internet ketika mencari maklumat mengenai rawatan alternatif dan terapi holistik bagi menyelesaikan masalah sakit perut dihadapinya.
“Kali pertama minum air kencing, rasanya sangat kuat dan pahit namun saya tiada masalah menghabiskannya. Selepas 30 minit, badan berasa bertenaga dan saya menggalakkan orang lain mencubanya,” katanya.
Usahawan yang mempunyai program bual bicara di YouTube itu turut menyimpan air kencingnya selama sebulan sebelum diminum.
Sumber : HM Online, Agensi