Keuntungan bersih PETRONAS meningkat 22% daripada RM45.5 bilion kepada RM55.3 bilion sekaligus ia mencatatkan prestasi kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Pendapatan yang diraih oleh kumpulan pula meningkat 12% kepada RM251 bilion berbanding rm223.6 bilion tahun 2017.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata prestasi kukuh itu disumbangkan oleh peningkatan kecekapan operasi serta kecemerlangan komersialnya dan disebabkan itu, syarikat minyak gergasi PETRONAS itu berjaya mencatat kemajuan dalam strategi jangka masa panjang dalam masa yang sama terus melabur untuk masa hadapan.
Selain itu, ujar beliau prestasi kukuh yang dicapai oleh PETRONAS sepanjang tahun lalu turut membolehkan syarikat minyak dan gas Malaysia itu mengagihkan dividen khas berjumlah RM30 bilion pada tahun ini dan ia akan dilakukan secara berperingkat.
Disamping itu, setakat 31 Disember 2018, PETRONAS mencatatkan baki tunai berjumlah RM181 bilion, meningkat 33 peratus berbanding RM136.5 bilion pada 31 Disember 2017 dan industry minyak dan gas akan terus beroperasi dalam persekitaran yang mencabar.
Walaubagaimanapun, prestasi kewangan bagi 2019 akan terus terkesan oleh pergerakan harga minyak mentah dunia.