Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Pembuat dasar AS mahu ketatkan visa pelajar, penyelidik China

M Update, 15/05/2019 – Sekumpulan anggota Kongres Republikan memperkenalkan satu rang undang-undang semalam, bertujuan melarang sesiapa yang digaji atau ditaja tentera China daripada menerima visa pelajar atau penyelidik ke Amerika Syarikat (AS). Rang undang-undang itu memerlukan kerajaan AS mewujudkan senarai institusi saintifik dan kejuruteraan dikaitkan dengan Tentera Pembebasan Rakyat China…

Usaha cari 2 mangsa kemalangan pesawat laut diteruskan

M Update, 15/05/2019 – Pasukan penyelamat dan penyelaman terus berusaha mencari dua orang yang masih hilang selepas dua pesawat laut bertembung di udara, mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang, kata Pengawal pantai Amerika Syarikat. Pencarian dua orang yang hilang, warga Australia dan Kanada itu diteruskan ketika penyiasat persekutuan memulakan siasatan berhubung kemalangan…

TPM : Malaysia Dikenali Berintegriti, Antirasuah

M Update, 15/5/2019 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan Pakatan Harapan mahu Malaysia dikenali sebagai negara berintegriti dan antirasuah di persada antarabangsa. Beliau berkata, susulan itu, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu dengan menubuhkan Pusat Governans,…

Sri Lanka haram 3 pertubuhan Islam

M Update, 15/05/2019 – Kerajaan Sri Lanka mengharamkan tiga kumpulan militan Islam, termasuk National Thowheeth Jama’ath (NTJ) yang melancarkan serangan ganas paling buruk negara itu ketika sambutan Easter yang mengorbankan lebih 250 orang. Presiden Maithripala Sirisena mengeluarkan gazet luar biasa mengharamkan beberapa pertubuhan kelmarin. Beliau juga mengharamkan penggunaan dron di…

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Malaysia-Singapura capai kejayaan

M Update, 15/5/2019 – Mesyuarat pertama Jawatankuasa Malaysia-Singapura mengenai Perbatasan Sempadan Maritim yang diadakan di sini semalam mencapai kejayaan, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura. Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Malaysia (MOFA), Datuk Seri M Shahrul Ikram Yaakob, dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura,…

Batam berjaga-jaga susulan kes cacar monyet di Singapura

M Update, 14/05/2019 –  Pentadbiran Batam sudah memulakan langkah pencegahan penyebaran potensi penyakit cacar monyet selepas Singapura melaporkan kes pertama virus jarang ditemui itu baru-baru ini. Minggu minggu lalu, Singapura melaporkan, ia mengenal pasti satu kes cacar monyet yang dibawa seorang lelaki Nigeria, didakwa dijangkiti virus terbabit selepas makan daging…

Ketegangan anti-Islam di Sri Lanka terkawal

M Update, 14/05/2019 – Tentera Sri Lanka dengan kereta berperisai hari ini mengawal bandar-bandar yang di cemari keganasan minggu ini bila mana penduduk Islam terpaksa bersembunyi di sawah padi semasa perusuh menyerang kediaman dan premis kedai mereka. Pihak berkuasa berkata, situasi di bahagian barat laut yang terjejas teruk di negara…

69 pelarian Rohingya cuba diseludup ke Malaysia

M Update, 14/05/2019 –  Polis Bangladesh berjaya menghalang puluhan pelarian Islam etnik Rohingya, sebahagian besarnya wanita daripada diseludup masuk ke Malaysia menggunakan bot. “Penyeludup memilih sekurang-kurangnya 69 etnik Rohingya dari kem pelarian di daerah Cox’s Bazar, dengan menjanjikan mereka peluang pekerjaan di Malaysia, yang kini menjadi lokasi tumpuan etnik berkenaan…