Input your search keywords and press Enter.

Saringan Percuma PERKESO: Keutamaan Diberi Kepada Pekerja Asing

M Update, 14/5/2020 – Saringan COVID-19 menerusi Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan memberi keutamaan kepada pekerja asing, berkuat kuasa hari ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata tumpuan itu akan diberi kepada pekerja asing dalam sektor pembinaan dan industri kawalan yang beroperasi di Selangor…

Batal Hasrat Ziarah Aidilfitri Jika Gagal Patuhi SOP

M Update, 14/5/2020 – Orang ramai perlu membatalkan hasrat menziarahi ahli keluarga, terutama ibu bapa, pada sambutan Aidilfitri tahun ini jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini kerana sangat perlu bagi semua pihak mementingkan penjarakan sosial,…

Hanya Satu Laluan Ke Terengganu

M Update, 13/5/2020 – Berkuat kuasa hari ini, semua kenderaan daripada pantai barat ke negeri ini akan dilencongkan ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman. Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik, berkata hanya kenderaan yang mempunyai kelulusan rentas negeri akan dibenarkan meneruskan perjalanan ke negeri ini. Tegasnya, pemandu kenderaan…

Pejabat, Kaunter Perkhidmatan Kerajaan Dibuka Mulai Hari Ini

M Update, 13/5/2020 – Semua pejabat kerajaan, termasuk kaunter perkhidmatan awam, dibuka sepenuhnya, berkuat kuasa hari ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet, hari ini, namun ia tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Beliau berkata, antara SOP digariskan…

Ziarah Pada Hari Pertama Perayaan Sahaja – Ismail Sabri

M Update, 13/5/2020 – Kerajaan memutuskan supaya aktiviti ziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keaamatan dan Hari Gawai, dihadkan kepada hari pertama perayaan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. Beliau berkata, prosedur…

JPV : Tak Perlu Takut Makan Ayam

M Update, 13/5/2020 – Orang ramai tidak perlu bimbang untuk memakan daging ayam, susulan penutupan sebuah kilang pemprosesan ayam selepas 60 pekerjanya positif COVID-19 di Pedas, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mendedahkan kilang pemprosesan ayam yang dikendalikan syarikat di Pedas itu antara 28 loji pemprosesan komersial di…

Perkhidmatan Gunting Rambut Di Rumah Pelanggan Dilarang

M Update, 12/5/2020 – Perkhidmatan gunting rambut masih tidak dibenarkan kerana tersenarai dalam perkara yang dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Larangan itu termasuk perkhidmatan gunting di rumah pelanggan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata prosedur operasi standard (SOP) mengenai gunting rambut masih tidak membenarkan ia…