Input your search keywords and press Enter.

Indonesia Sahkan Dua Kes Pertama COVID-19

M Update, 2/3/2020 – Setelah lebih dua bulan penularan wabak COVID-19, Indonesia mengesahkan negara itu mencatat dua kes positif melibatkan rakyatnya. Mengumumkan perkara itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, dua rakyatnya itu mempunyai kontak rapat dengan warga Jepun yang berkunjung ke negara itu. “Orang Jepun itu ke Indonesia untuk…

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

M Update, 2/3/2020 – Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini di tengah-tengah kebimbangan jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah tidak lama lagi. Unit tempatan berada pada 4.2100/2150 berbanding dolar AS daripada 4.2120/2180 yang direkodkan pada 6 petang Jumaat…

Ahli Lembaga Pengarah UDA Positif Covid-19

M Update, 2/3/2020 – UDA Holdings Berhad (UDA) mengesahkan bahawa seorang Ahli Lembaga Pengarah disahkan positif Covid-19. UDA dalam kenyataan hari ini berkata, individu terbabit sudah menjalani ujian pengesanan dan dilaporkan positif, baru-baru ini. Individu berkenaan dimaklumkan dikuarantin di salah sebuah hospital kerajaan. Berdasarkan perkara itu, UDA dalam usaha mengambil…

Lelaki Hina Agong Di Facebook Ditahan

M Update, 2/3/2020 – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung satu hantaran berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang dimuat naik di Facebook, semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis kini dalam proses untuk memohon perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117…

PM Singapura Ucap Tahniah Kepada Perdana Menteri Ke-8

M Update, 02/03/2020 – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan semalam. “Telah bercakap dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengucapkan tahniah kepada beliau,” ciapnya di Twitter. “Saya yakin hubungan yang sudah lama wujud dan kepelbagaian antara…

Jokowi Ucap Tahniah, Doakan Hubungan Malaysia-Indonesia Diberkati

M Update, 2/3/2020 – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan turut mendoakan pelaksanaan tugas yang beramanah dan sukses, serta hubungan baik kedua-dua negara terus diberkati Tuhan. Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini mengangkat…

Muhyiddin Mula Tugas Sebagai Perdana Menteri

M Update, 2/3/2020 – Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini. Beliau memasuki Perdana Putra di sini, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, tepat pukul 8.00 pagi bagi memulakan tugas secara rasmi sebagai perdana menteri.  Muhyiddin disambut Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali ketika tiba di Perdana Putra sebelum…

Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Isnin Ini – Speaker

M Update, 28/2/2020 – Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini, kata Yang Dipertua, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof. Beliau berkata, Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) kerana tidak disusuli Pemberitahuan Usul yang lengkap. “Saya selaku…

Penganggur Hina Islam Dijel 3 Bulan

M Update, 28/2/2020 – Seorang penganggur dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menghina agama Islam menggunakan telefon bimbitnya pertengahan bulan ini. Majistret Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Shaffik Amat Zairudin, 26. Beliau didakwa menghantar komunikasi…

Raja-Raja Melayu Mula Tiba di Istana Negara

M Update, 28/2/2020 – Raja-raja Melayu mula tiba di Istana Negara hari ini, dijangka bagi menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja.  Kenderaan rasmi dari Istana Johor antara terawal dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 9.28 pagi, dipercayai membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.  Mesyuarat itu yang dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa tanah air…