Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Kesihatan Malaysia

JKN Perlis Mohon Individu Dari Zon Merah Pulang Ke Perlis, Hubungi Pejabat Kesihatan

M Update, 30/12/2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis meminta individu dari zon merah yang  pulang ke negeri ini agar segera menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 di Pejabat Kesihatan Kangar untuk melakukan pemakluman, deklarasi kesihatan serta penilaian risiko terhadap mereka. Pengarah Kesihatan Negeri Dr Sirajuddin Hashim berkata individu yang bergejala perlu segera ke klinik kesihatan berhampiran…

COVID-19 : Malaysia Berhasrat Tingkat Usaha Bangunkan Vaksin Bersama UAE

M Update, 30/12/2020 – Malaysia berhasrat untuk meningkatkan usaha membangunkan vaksin bersama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha menangani pandemik COVID-19, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dalam temu bual eksklusif dengan Emirates News Agency (WAM) Seri Paduka bertitah UAE telah menunjukkan bahawa negara itu adalah rakan kepada Malaysia dalam…

Lebih 1,000 Graduan Muda Bakal Terima Manfaat Skim MyJob@WilayahPrihatin

M Update, 29/12/2020 – Lebih 1,000 graduan muda bakal mendapat pendedahan kepada industri binaan menerusi Skim MyJob@WilayahPrihatin. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata program itu juga bakal membabitkan kerjasama lebih 30 pemaju di Wilayah Persekutuan. “Insya-Allah kira kira 1,000 atau lebih graduan muda dijangka dapat pendedahan kepada industri binaan…

COVID-19 : KKM Nasihat Individu Positif Diminta Bersabar Sementara Dibawa Ke Hospital

M Update, 29/12/2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan individu yang disahkan positif COVID-19 untuk kekal berada di rumah sehingga petugas perubatan daripada Pusat Kesihatan Daerah (PKD) hadir untuk membawa mereka ke hospital ditetapkan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka ini perlu bersabar kerana ketika…

Rakyat Malaysia Di Luar Negara Tidak Boleh Disekat Pulang – Ismail Sabri

M Update, 29/12/2020 – Kerajaan tidak boleh menyekat rakyat Malaysia dari negara yang melaporkan strain baharu COVID-19 daripada pulang ke tanah air, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata itu adalah jaminan yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.  Malah, ketika kes COVID-19 tinggi di India, rakyat Malaysia yang berada…

COVID-19 : PDRM Bakal Tingkat Pemeriksaan & Pemantauan Tempat Awam – KPN

M Update, 29/12/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan jumlah pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam dipatuhi berikutan peningkatan kes wabak COVID-19. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PDRM mendapati masih ada masyarakat yang leka dan kurang mengambil berat mengenai…

Sambutan Tahun Baharu 2021 Secara Perhimpunan Tidak Dibenarkan

M Update, 29/12/2020 – Sambutan tahun baharu 2021 secara perhimpunan adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam. Beliau berkata sambutan yang biasanya disambut secara besar-besaran itu boleh mewujudkan risiko penyebaran COVID-19 jika ia dianjurkan di mana-mana lokasi di negara ini. “Sambutan ada pelbagai…

PKPB Berjaya Kekang Penularan COVID-19 – Dr Noor Hisham

M Update. 29/12/2020 – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengekang penularan COVID-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata tanpa pelaksanaan PKPB, dijangkakan kira-kira empat juta rakyat Malaysia dijangkiti virus itu. “Hari ini kita lihat lebih kurang 106,000 kes sahaja…

PDRM Tingkat Pemantauan Aktiviti Berbasikal Di Putrajaya

M Update, 28/12/2020 – Polis meningkatkan pemantauan terhadap penunggang basikal yang memilih beriadah di pusat pentadbiran kerajaan itu. Langkah itu bagi mengelak kemalangan maut seperti yang berlaku ke atas seorang penunggang basikal baru-baru, sekali gus memastikan pematuhan peraturan lalu lintas. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, berkata…

Cabaran Hadapi COVID-19, Tidak Halang Usaha Perkasa Sektor Awam – PM

M Update, 28/12/2020 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cabaran menghapuskan wabak COVID-19, tidak menghalang usaha memperkasa sektor awam yang merupakan salah satu daripada agenda utama kerajaan, untuk memastikan sistem perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra rakyat. Perdana Menteri berkata tanggungjawab penjawat awam kini adalah untuk membudayakan norma…