Input your search keywords and press Enter.

3 Laluan Baru MASWings Ke Sabah

M Update, 23/1/2019 – MASwings akan meneruskan operasi 39 laluan sedia ada di Sabah, Sarawak dan Labuan, termasuk tiga laluan baharu di bawah Perjanjian Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO) Perjanjian Udara Luar Bandar (RAS).

Tiga laluan baharu itu ialah Kuching ke Limbang; Bario ke Long Lellang dan Bario ke Long Seridan, Sabah.

Selain Kuching ke Limbang, perkhidmatan oleh ATR 69 tempat duduk MASwings, laluan lain dari negeri ini ialah dari Kota Kinabalu ke Mulu; dari Kuching ke Mulu; dari Miri ke Bintulu, Limbang, Mulu, Sibu dan Labuan; selain Bintulu ke Sibu.

Antara laluan operasi MASwings Viking ialah perkhidmatan dari Miri ke Ba’kalalan, Bario, Lawas, Long Lellang, Long Akah, Long Seridan, Long Banga dan Marudi; dari Mukah ke Miri; Bario ke Ba’kalalan dan Kuching ke Tanjung Manis.

Makumat terkini mengenai jadual penerbangan, tambang dan maklumat berkaitan boleh diperoleh secara dalam talian di www.maswings.com.my.

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Reply