Input your search keywords and press Enter.

Keluarga Moey tuntut Keadilan!

M Update, 23/1/2019 – Setelah lebih 24 jam kereta SUV Mazda CX5 dijumpai dalam laut selepas terjunam akhirnya semalam ia berjaya diangkat ke jambatan dengan menggunakan kren. Terima kasih buat semua anggota-anggota dan agensi-agensi keselamatan yang bertungkus-lumus buat yang terbaik bermula dari hari pencarian kereta mangsa.

Mayat mangsa ditemui masih berada di tempat duduk pemandu dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang semasa SUV itu ditarik keluar dari laut pada 6.07 petang semalam.

Upacara pengebumian mendiang akan diadakan di Tanah Perkuburan Cina Berapit pada Khamis ini Keluarga Moey Yun Peng memohon pihak berkuasa menyiasat kejadian itu secara menyeluruh bagi memberi keadilan kepada mangsa.

Abang mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Dennis, berkata keluarganya menerima apa yang berlaku terhadap adiknya, Moey, 20, sambil berharap orang ramai tidak menyebarkan spekulasi mengenai kejadian itu agar tidak mengganggu siasatan.

“Kami serahkan kepada polis untuk menyiasat punca kejadian dan memohon diberikan ruang dan masa untuk bertenang,” – Dennis

Sumber : Bernama

Leave a Reply