Input your search keywords and press Enter.

Rakyat Malaysia gembira dengan Pengisytiharan Sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16

PENGISYTIHARAN Majlis Raja-Raja yang bersetuju menamakan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya,memberi satu khabar gembira buat rakyat di pelusuk negara.

Masakan tidak, imej yang dibawa selama ini menjadikan baginda begitu dekat di hati masyarakat.Bukan sahaja rakyat Pahang, malah pelantikan baginda disambut penuh rasa syukur oleh masyarakat Malaysia amnya. Dilaman sosial luahan kegembiraan dapat dilihat disemua lapisan masyarakat di Malaysia. Mereka memuji akan keperibadian Tuanku yang selama ini dekat dengan rakyat.

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.

Baginda menerima pendidikan awal prasekolah di Sekolah Cliord, Kuala Lipis pada 1965, sebelum menyambung persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan (1966–1969) dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas, Kuantan serta pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas (1970–1974). Baginda kemudiannya berangkat ke United Kingdom (UK) untuk meneruskan pengajian di Aldenham School, Elstree, Herordshire, UK dan Davies College, London, UK pada 1975–1977.

Pengajian baginda kemudiannya disambung dalam bidang ketenteraan iaitu di The Royal Military Academy Sandhurst, UK (1978 – 1979) dan pengajian di Worchester & Queen Elizabeth College, UK (1980 – 1981) sehingga baginda dianugerahkan Diploma In Internaonal Relaons And Diplomacy.

Baginda mendirikan rumahtangga dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, 59.

Antara reaksi di rakyat Malaysia di media sosial:

Leave a Reply