Input your search keywords and press Enter.

Berpantang Maut Sebelum Ajal

M Update, 1/2/2019 – Setelah bertarung nyawa lebih 18 jam terapung di laut sebelum diselamatkan selepas botnya karam ketika memancing di kawasan perairan Sungai Melayu-Sungai Nyamuk di Pulau Sebatik, Selasa lalu.

Erwan Nasir, 36, dari Kampung Batu 4, Jalan Apas, keluar memancing pada jam 6.40 petang namun tidak pulang ke rumah sebelum isterinya menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada jam 3.19 petang kelmarin.

Susulan maklumat itu aset Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi mangsa dilaporkan memancing dengan dibantu sebuah aset Pasukan Polis Marin (PPM). Hasil maklumat awal yang diterima, bot mangsa dipukul ombak dan terbelah dua sebelum karam di kawasan perairan berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa terlebih dulu diselamatkan oleh bot nelayan yang melalui kawasan perairan itu pada jam 1.10 tengah hari semalam sebelum dibawa ke jeti Sungai Nyamuk.

Diharapkan penduduk di perairan Tawau supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut dan mematuhi amaran cuaca yang dikeluarkan terutama ketika angin kencang dan laut bergelora.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kecemasan atau aduan di talian Malaysia Emergency Respond System (MERS 999) atau Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089- 752115.

Sumber : harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *