Input your search keywords and press Enter.

Rempuh Pagar Lapangan Terbang, Buat ‘Drift’ di Landasan

M Update, 1/2/2019 – Seorang lelaki memandu dan melanggar pagar lapangan terbang di Florida dan terus memandu masuk ke landasan kapal terbang. Dalam satu laporan  Pensacola News-Journal, polis mengatakan Zane Alexander Carlson yang berusia 20 tahun ditangkap pada hari Rabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Pensacola kerana disyaki melakukan pelanggaran dan kerosakan jenayah.

Jurucakap polis Mike Wood berkata Carlson memandu melalui pagar, ke landasan yang aktif dan kemudian ke kawasan berumput, di mana dia melakukan pusingan ‘drift’ dengan keretanya.

Polis berkata, Carlson kemudian memasuki hangar terbuka di mana dia terus memandu di sekitar kawasan itu sehingga pegawai polis tiba. Menurut polis, operasi lapangan terbang terus seperti biasa.

Wood berkata polis tidak tahu apa yang menyebabkan Carlson memandu dan merempuh pagar lapangan terbang itu. Siasatan masih dijalankan. Bagaimanapun Carlson dilepaskan dengan ikat jami polis 15,000 dolar. Rekod menunjukkan Carlson tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah sebelum ini.

Sumber: AP

Leave a Reply