Input your search keywords and press Enter.

Tulisan Kaligrafi Cina Jejambat Perpaduan Kaum

M Update, 1/2/2019 – Sebuah sekolah kebangsaan di Taiping, Perak mengadakan aktiviti penulisan kaligrafi Cina untuk murid-murid dan guru-gurunya. Walaupun peratusan pelajar berbangsa Cina di sekolah tersebut hanya  16% sahaja, namun sempena Tahun Baru Cina yang menjelang tiba, pihak sekolah menganjurkan aktiviti ini sebagai satu platform untuk memberikan pendedahan mengenai seni dan budaya Cina kepada anak muridnya yang berbilang bangsa.

Sekolah tersebut mempunyai 41 orang murid berbangsa Cina daripada jumlah keseluruhan 246 murid. Pelajar Tahun 4, 5 dan 6 mengambil bahagian dalam aktiviti penulisan kaligrafi Cina di mana guru-guru juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dan memeriahkan aktiviti ini.  

Pelajar dan guru yang mengambil bahagian memberikan komitmen dan minat yang mendalam di mana kebanyakan mereka merasai pengalaman menulisa kaligrafi Cina untuk julung kalinya. Pihak sekolah percaya melalui aktiviti sebegini, semangat perpaduan dan sifat tolong-menolong antara satu sama lain dapat diperkukuhkan dan dihayati bersama .

Terjemahan berita dari Akhbar Sin Chew Daily bertarikh 31/1/2019

Leave a Reply