Input your search keywords and press Enter.

Kesian: Ibu Dah Tak Nak Adik Lagi

M Update, 2/2/2019 – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemukan di hadapan Surau Nur Iman, Kampung Pinang Seberang dekat Kamunting di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Razlam Ab. Hamid berkata, bayi itu ditemukan pada pukul 4.20 petang oleh seorang anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Katanya, ketika dijumpai bayi lelaki yang masih bertali pusat itu ditinggalkan di dalam sebuah kotak.

“Semasa sedang melakukan rondaan di kawasan Kampung Pinang Seberang, seorang anggota telah terjumpa seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di surau kampung berkenaan.

“Bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, bayi lelaki tersebut berada di dalam kotak

dengan dibalut kain lampin dan kain seperti selimut yang berwarna coklat gelap.

Sumber: Utusan Online

Leave a Reply