Input your search keywords and press Enter.

Terlampau “Syok”

M Update, 15/2/2019 – Kerana terlalu leka membungkus dadah, empat orang lelaki telah ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Makan Mahsuri Mukim Ulu Melaka Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supritendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata ketika serbuan dijalankan pihaknya, suspek yang sedang duduk bersila di lantai bertindak agresif untuk melarikan diri.

Namun, kesemua mereka berjaya ditahan. Hasil pemeriksaan, polis menjumpai 4 paket plastik dadah jenis heroin seberat 18.04 gram dan 11 paket plastik lutsinar serta 2 keratan straw syabu dengan anggaran berat 1.08 gram.

Kesemua suspek yang positif morfin ditahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.

Sumber : Berita RTM

Leave a Reply