Input your search keywords and press Enter.

Ditahan, Cuba Cetus Provokasi

M Update, 12/3/2019 – Polis menahan pemilik akaun Facebook ‘Zamri Bin Abd Razak’ kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Hindu, semalam.

Suspek berusia 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada hari ini 12 Mac 2019.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply