Input your search keywords and press Enter.

Pencemaran Kimia: Dua Kertas Siasatan Dibuka

M Update, 13/3/2019 – Polis Johor membuka dua kertas siasatan bagi menyiasat insiden pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kertas siasatan dibuka berikutan kesan pencemaran sisa bahan pencemaran terbabit mendatangkan kesan kepada penduduk setempat.

Merujuk kepada kejadian yang berlaku pada 7 Mac lalu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan kerana menjadikan udara bahaya kepada kesihatan. Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 284 kanun sama kerana cuai berkenaan benda beracun,” katanya dalam kenyataan di Johor Bahru, hari ini.

Pemandangan dari atas Sungai Kim Kim, Pasir Gudang

Beliau berkata, sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya tampil membantu siasatan. Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nurul Bazilah atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di talian 07-3864222.

Sumber : HM Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *