Input your search keywords and press Enter.

Pasir Gudang : 2 Sahabat Cemerlang SPM

M Update, 14/3/2019 – Kegembiraan jelas terpancar pada wajah dua sahabat selepas usaha mereka selama dua tahun mentelaah pelajaran membuahkan hasil apabila memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Iman Nabila M. Sani serta rakan karibnya, Dayang Nur Nazrin Nazihah Abang Burhanuddin masing-masing berusia 18 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2 memperoleh 8A dan 7A 1B.

Menurut Iman Nabila, biarpun sekolahnya ditutup ekoran terjejas dengan pencemaran sisa toksik dia begitu teruja hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang di sini. Pada mulanya saya gusar dan takut hendak keluar rumah namun selepas mendapat panggilan telefon daripada cikgu, kami datang ke sini untuk ambil keputusan di PPD.

Saya bersyukur kerana dapat 8A dalam SPM. Tiada resipi istimewa untuk cemerlang melainkan jangan tinggal solat dan berdoa selain yang paling mujarab adalah doa daripada kedua ibu bapa,” katanya ketika ditemui di PPD Pasir Gudang di sini sebentar tadi. Sementara rakannya, Dayang Nur Nazrin berkata, dia dan Iman Nabila sentiasa bersaing dalam pelajaran dan peperiksaan selain memberi fokus ketika guru mengajar.

Kedua-dua pelajar itu merupakan antara 8,486 pelajar dari 37 buah sekolah menengah yang ditutup ekoran terjejas akibat pencemaran sisa toksik mengambil keputusan SPM di PPD Pasir Gudang.

Sumber : UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *