Input your search keywords and press Enter.

Melaka Ecoriver Cruise Phase II Tarikan Baru Di Melaka

M Update, 26/3/2019 – Sungai yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi di Lubok Cina hingga ke Kuala Linggi, dekat Alor Gajah akan dimajukan dengan industri pelancongan ‘Melaka Ecoriver Cruise Phase II’ bagi meningkatkan kemajuan industri pelancongan berasaskan sungai.

Tempoh selama dua bulan mulai April ini diletakkan sebagai sasaran untuk membangunkan pinggir Sungai Ramuan Cina Besar sepanjang empat kilometer (km) ke Sungai Rembau dengan pembinaan chalet diperbuat daripada kayu bakau bagi memberi peluang kepada pelancong menikmati suasana sebenar kehidupan di pinggir hutan.

EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kerajaan negeri akan memilih anak syarikat agensi kerajaan negeri sebagai peneraju utama bagi memajukan produk baharu industri berkenaan.

Syarikat itu akan membina chalet berasaskan kayu bakau untuk pelancong yang gemarkan aktiviti kehidupan di pinggir hutan dan sungai sambil menikmati keseronokan memancing ikan dan udang galah.

Projek ini membabitkan kerjasama dengan JAPERUN Ayer Limau, penduduk tempatan dan syarikat yang menyediakan kemudahan bot untuk pelancong,” katanya ketika ditemui dalam bot ketika meninjau lokasi pelancongan di Sungai Ramuan Cina Besar, di Lubok Cina.

Setakat ini kebanyakan pelancong tempatan dan asing menyelusuri sungai berkenaan dengan menaiki perahu atau bot penduduk tempatan tetapi tidak berpeluang menginap di chalet kerana kemudahan itu belum disediakan.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply