Input your search keywords and press Enter.

Pendapatan tambahan lebih RM600 juta inisiatif ekonomi digital

M-Update,27/3/2019, KUALA LUMPUR: Inisiatif ekonomi digital dilaksanakan kerajaan berjaya menghasilkan pendapatan tambahan berjumlah lebih RM600 juta kepada kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40), hingga akhir tahun lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata hingga akhir tahun lalu, seramai 220,832 peserta dilatih dan 123,536 pekerja digital daripada golongan B40 dalam program e-Rezeki berjaya meraih pendapat tambahan.“Pendapatan tambahan ini bukan kecil, sebanyak RM223 juta (dijana) apabila mereka menggunakan infrastruktur atau usaha yang dilaksanakan kerajaan.

“Bagi e-Usahawan pula, seramai 270,168 usahawan dilatih dan seramai 92,069 berjaya melaporkan adanya jualan tambahan. Jualan tambahan (direkodkan) sebanyak RM421 juta.“Ini menunjukkan betapa berkesannya usaha yang diambil supaya kita dapat memperkasakan rakyat kita,” katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, dua program itu bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk merakyatkan ekonomi digital bagi meningkatkan pendapatan golongan B40 melalui internet.Dalam perkembangan berasingan, Gobind berkata, beliau berharap Majlis Media dapat ditubuhkan bulan depan.

Katanya, usaha menubuhkan majlis itu masih pada peringkat perbincangan dengan semua pemegang taruh, termasuk pengamal media.

–Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *