Input your search keywords and press Enter.

Mendapat Pujian Selepas Bantu Wanita Di Pasar Raya – Jacinda Ardern

M Update, 04/04/2019 – Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand hari ini, mengesahkan laporan tentang beliau membantu membayar barangan keperluan harian yang dibeli seorang wanita, di salah sebuah pasar raya.

Pada awalnya beliau enggan mengulas mengenai insiden yang didedahkan di media sosial itu.

Namun, ketika ditanya mengenai kejadian itu, pada satu majlis di sini, Jacinda Ardern dengan pantasnya menjawab; “Kerana saya seorang ibu”.

Kejadian berlaku selepas ibu kepada dua orang anak yang sedang beratur di kaunter bayaran di hadapan Jacinda Ardern, menyedari bahawa beliau terlupa membawa dompetnya.

“Ardern membayarkan barang yang dibeli oleh rakan saya di sebuah pasar raya ketika beliau terlupa membawa dompetnya dan ketika itu, dua orang anaknya sedang menanggis.

“Insiden ini menyebabkan kita lebih menyayanginya (Ardern),” kata Burness di Twitter.

Perdana menteri, Jacinda Ardern berusia 38 tahun itu, melahirkan seorang anak perempuan Neve pada Jun lalu.

Beliau menerima banyak pujian selepas kejayaannya mengendalikan serangan dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu. – AFP

Leave a Reply