Input your search keywords and press Enter.

Akaun i-Suri Terima Kasih KWSP

M Update, 5/4/2019 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengkreditkan sejumlah RM9.51 juta yang diluluskan kerajaan ke dalam akaun anggota Caruman Sukarela i-Suri bagi tahun 2018.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata jumlah itu merujuk kepada insentif RM40 sebulan yang dikreditkan kepada 49,857 pemegang akaun i-Suri yang membuat sumbangan minimum sebanyak RM5 setiap bulan.

Anggota i-Suri boleh menyemak akaun mereka dalam talian melalui kiosk KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP di seluruh negara mulai hari ini.

Sebagai tambahan kepada insentif RM40 kerajaan itu, anggota i-Suri juga layak menikmati faedah yang sama seperti ahli KWSP, seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan mereka, pengeluaran simpanan KWSP, faedah hilang upaya dan manfaat kematian.

Dana pencen ini juga menggalakkan lebih ramai suri rumah atau wanita yang menjadi ketua isi rumah dan tersenarai dalam sistem pangkalan data keluarga miskin (eKasih) untuk mendaftar i-Suri.

Anggota KWSP boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan untuk melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 sebulan.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *