Input your search keywords and press Enter.

Hina YDPA: SKMM, PDRM giat jalan siasatan

M-Update,12/4/2019, KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) giat menjalankan siasatan ke atas pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial.Dalam satu kenyataan hari ini, SKMM menegaskan, siasatan dibuat selepas pihaknya mendapati individu terbabit sangat tidak bertanggungjawab apabila memuat naik imej yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook, semalam.

Menurut SKMM, siasatan dijalankan susulan laporan diterima daripada orang ramai supaya tindakan segera diambil terhadap pihak terbabit.“SKMM juga dimaklumkan PDRM (Polis Diraja Malaysia) juga sedang menjalankan siasatan. Penyelarasan siasatan dan perkongsian maklumat sedang giat dijalankan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyebarkan berita dengan niat untuk mengganggu orang lain.“Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

–BHarian

Leave a Reply